5.8.14

KHASIAT PUCUK UBI

Pucuk ubi adalah salah satu daripada jenis sayur-sayuran yang mengandungi khasiat dan manfaat khasiat yang tinggi. Malahan pucuk ubi amat mudah didapati dan murah harganya berbanding sayuran hijau segar yang lain. Tahukah anda, pucuk ubi yang anda makan adalah sayuran organik 100% kerana pokok ubi kayu boleh ditanam dihampir semua tempat tanpa memerlukan penjagaan yang khusus, malahan tidak perlu dibaja atau disembur racun sekalipun. Ini menjadikan sayuran pucuk ubi ini amat tinggi nilainya. 

Pucuk ubi kayu mengandungi pelbagai mineral, vitamin, asid amino dan protein yang sangat diperlukan badan. Protein sayuran yang terkandung dalam daun ubi kayu berfungsi sebagai unsur-unsur yang membina sel-sel badan dan merupakan komponen sistem enzim. Di samping itu kandungan asid amino dalam dedaun hijau berfungsi sebagai pemecah karbohidrat kepada tenaga. 

Asid amino dalam daun ubi kayu juga berguna untuk pemulihan luka dan kulit yang bermasalah serta rosak. Ia juga berfungsi untuk menggantikan sel-sel yang rosak, menguatkan tulang dan membantu daya ingatan yang baik.

Selain itu juga ia membantu memulihkan sistem metabolisme tubuh. Klorofil dalam daun juga berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser. 

Daun ubi kayu sangat rendah kalori dan amat sesuai sebagai makanan yang dapat menurunkan berat badan. Pucuk ubi kayu juga dapat mengatasi masalah sembelit dan sistem penghadaman. Di samping itu, daun ubi kayu juga boleh digunakan sebagai ubat sakit sendi, sakit kepala, ulser, ubat sejuk, cirit-birit, cacing dan meningkatkan stamina. 

AMARAN
Memakan pucuk ubi secara mentah atau tidak direbus dengan sempurna akan menyebabkan alahan kepada perut anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...